Trivia Visa (kumpulan muzik)

  • Vokalis kumpulan Visa, Sham turut menceburi bidang lakonan sama ada dalam filem, drama mahupun telefilem. Antara filem yang dibintanginya ialah Putera (1994), Debu-Debu Kasih (1995), Kad Cinta (1995) dan Gemerlapan (1997).[1]
  • Sham juga pernah bekerja dalam sektor minyak dan gas di perairan Terengganu selama 10 tahun selepas Visa tidak aktif dalam industri muzik.
  • Joe (gitar utama) dan Imm (bass) adalah adik-beradik.
  • Joe merupakan nadi utama kepada Visa kerana banyak mencipta lagu untuk kumpulan ini. Joe juga pernah memikul tanggungjawab sebagai pengarah muzik di konsert-konsert besar selain menjadi pemuzik undangan untuk persembahan dan rakaman muzik artis-artis lain.
  • Joe yang kini dikenali sebagai Ustaz Zul bekerja sepenuh masa di TV AlHijrah di studio pasca audio untuk rakaman serta adunan audio & muzik untuk program-program di stesen tersebut.
  • Joe juga pernah menjadi gitaris gantian untuk kumpulan rock ternama Malaysia, Iklim selepas pengunduran Umarul daripada kumpulan tersebut.
  • Pemain dram, Kudin kini bertugas di unit kebudayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pemuzik dan pengarah muzik.
  • Kesemua anggota kumpulan Visa berasal dari Terengganu kecuali pemain gitar keduanya, Mazli atau Malee yang berasal dari Ipoh, Perak.